Pihak Guru SK Jelawat mengambil inisiatif bertandang ke rumah murid-murid bagi menyerahkan sendiri surat jemputan ibu bapa ke mesyuarat linus yang bakal diadakan. Ini adalah antara tanda kasihnya guru kepada murid-murid. Sanggup mencuri detik waktu bertemu mata, beramah mesra serta berjabat tangan dengan ibu bapa di luar waktu persekolahan di rumah murid-murid.
Inilah dikatakan sarana guru kepada murid. Manakala pihak ibu bapa dapat mengetahui berita dan bertanya khabar tentang anak-anak mereka sepanjang di sekolah. Secara tidak langsung sarana ibu bapa terhadap anak-anak semakin bercambah. InsyaAllah para guru dan ibu bapa tekad untuk terus cakna terhadap anak-anak SKJ. Semoga kita dapat melahirkan generasi ilmuwan yang bakal mencorak kehidupan dengan warna warni kejayaan.