PERANAN PIBG
PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana,
kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di
sekolah.
Tujuan-tujuan PIBG adalah:
1. Untuk mengadakan
satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan
kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah
2. Untuk membantu dan
menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan
murid-murid dalam kegiatan mereka
3. Untuk membolehkan
PIBG dalam sekolah bertukar-tukar fikran dan maklumat mengenai pendidikan
4.
Untuk
memberi peluang kepada PIBG dalam sekolah berunding antara satu sama lain
berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan
anak-anak mereka pada amnya
5. Untuk membolehkan
PIBG dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan
meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan
pengajaran dan pembelajaran
Fungs / peranan PIBG adalah:
1. Membantu dalam
memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid
2.
Menambah
sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah
3. Meningkatkan
kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan
hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat
4. Meningkatkan keceriaan
premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang konduisif bagi menjayakan
aktiviti dan program pendidikan
PIBG : ORGAN PENTING
SEKOLAH
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan
rendah dan menengah. Fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar,
ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti
pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan
adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah
yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina
kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk
meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain
mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan
komuniti setempat (school-home-community partnership). Disamping itu, PIBG juga mempunyai
peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang
kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.Ia bukan sahaja
sebagai entiti yang penting kepada institusi sekolah malah ia menjadi wadah
penghubung antara pihak ibu bapa dengan sekolah demi kemajuan pendidikan bersama.
Tujuan-tujuan PIBG seperti dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 adalah
(a) untuk mengadakan sesuatu forum
dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid–murid dalam Sekolah dalam
menigkatkan imej Sekolah;
(b) untuk membantu dan menambah
usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid–murid dalam
kegiatan mereka;
(c) untuk membolehkan ibu bapa dan
guru dalam Sekolah bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
(d) untuk memberi peluang kepada ibu
bapa dan guru dalam Sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara
memperbaiki taraf pendidikan anak–anak mereka pada amnya; dan
(e) untuk membolehkan ibu bapa dan
guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan
kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran.
Manakala fungsi PIBG ialah
untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan – tujuan persatuan
yang dinyatakan di perenggan 3, seperti;
(a) membantu dalam memajukan
perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
(b) menambah sumber kewangan Sekolah
bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
(c) meningkatkan kemesraan dan
menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat
setempat;
(d) meningkatkan keceriaan premis
Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti
dan program pendidikan.
Perlembagaan PIBG menetapkan bahawa keahlian badan ini hendaklah terdiri daripada (
Perlembagaan PIBG menetapkan bahawa keahlian badan ini hendaklah terdiri daripada (
a) semua guru di Sekolah;
(b) ibu bapa kepada murid yang
belajar dalam Sekolah ; dan
(c) warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota persatuan
oleh pegawai pendidikan daerah atau pegawai pendidikan bahagian atau pendaftar,
mengikut mana yang berkenaan ; dan Guru Besar atau Pengetua sekolah hendaklah
menjadi anggota ex officio dan Penasihat Persatuan.
PIBG ialah rakan kongsi sekolah. Dalam hal ini, penglibatan PIBG amat perlu bagi memajukan sekolah melalui permuafakatan, perancangan yang teliti, dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru. Kita perlu sedar bahawa sekolah merupakan sebahagian daripada komuniti, sebagaimana institusi keluarga, masjid, perpustakaan awam, dan sebagainya. Sebagai sebahagian daripada komuniti, maka sekolah mesti didampingi, diaktifkan, dan digerakkan oleh masyarakat di sekelilingnya. Masyarakat terutamanya ibu bapa perlu bersama-sama komited demi kemajuan dan kecemerlangan sekolah.
Cabaran kini dan mendatang dalam
pendidikan di sekolah menuntut kita memerlukan PIBG yang mantap organisasinya, sekaligus
mempunyai pelan tindakan dan perancangan jangka panjang yang memungkinkannya
berfungsi secara aktif dan betul serta tepat kepada sasarannya. PIBG memerlukan
kehadiran pemimpin dan pengikut berwibawa serentak. Dengan adanya pemimpin dan
pengikut sedemikian, pelbagai perancangan dan tindakan yang dilaksanakan boleh
mencapai kejayaan yang diinginkan. PIBG seperti inilah yang boleh menjadi
tunjang kemajuan sesebuah sekolah.
No comments:
Post a Comment