PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK JELAWAT


Photo Cube Generator

PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT, 16370 BACHOK, KELANTAN DARUL NAIM

PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT, 16370 BACHOK, KELANTAN DARUL NAIM
ANAK NADI ASPIRASI KITA. PENDIDIKAN ANAK TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

SARANA


SASARAN
Ibu Bapa 
Membina kesedaran dan kesediaan mental menghadapi perubahan pedagogi dan pentaksiran
Memberi panduan kepada IB bagaimana membimbing anak membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Komuniti
Membina kesedaran dan kesediaan masyarakat menghadapi perubahan dalam pendidikan
Meningkatkan penglibatan ahli komuniti dalam aktiviti pembelajaran murid dalam dan luar sekolah.




LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

       Untuk kekal berdaya saing, aspirasi kita perlu diletakkan pada tahap tinggi
-------------------------------------------------------------------------------------------------


SARANA SEKOLAH
Pelaksanaan Sarana Sekolah Di Bawah Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025


TUJUAN (SARANA SEKOLAH)

Mewujudkan SISTEM PEMBELAJARAN dengan memberi
penekanan kepada enam (6) elemen yang menyokong
pembelajaran
• Meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak yang
mempunyai kepentingan dengan sekolah
• Meningkatkan penglibatan ibu bapa (IB), komuniti dan sektor
swasta dalam pembelajaran murid melalui soal selidik
penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
• Membantu pihak sekolah dengan kerjasama PIBG merancang
aktiviti atau program sekolah yang boleh melibatkan pihakpihak
yang berkenaan secara aktif dan berkesan
• Membantu pihak sekolah menjadikan sekolah sebagai sekolah
berkesan dengan penglibatan aktif pihak yang berkaitan

SISTEM PEMBELAJARAN 

• Pembelajaran berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan dalam komuniti
• Sekolah mesti menyediakan persekitaran yang kondusif untuk jalinan hubungan kerja positif
antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti

Kerjasama sekolah dengan ibu bapa:
▪ Mempunyai tanggung jawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi
memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid
▪ Meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid
▪ Memperluas peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan
keberhasilan anak-anak mereka

Kerjasama sekolah dengan komuniti:
▪ Mendapat kerjasama secara sukarela daripada pertubuhan dalam komuniti untuk
menyediakan pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat kepada sekolah setempat
▪ Menggalakkan pelibatan murid dalam pertubuhan dan aktiviti komuniti serta
mendapat pengajaran penting melalui proses
tersebut

6 Elemen yang menyokong pembelajaran yangmenjurus kepada SISTEM PEMBELAJARAN:
• Iklim Sekolah
• Komunikasi Berkesan
• Sokongan Terhadap Kejayaan Murid
• Tanggungjawab Bersama
• Keputusan Bersama
• Kerjasama Dengan Komuniti


Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa Di Bawah Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025


TUJUAN (SARANA IBU BAPA)

• Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anakanak.
• Membantu ibu bapa meningkatkan penglibatan mereka dalam
pembelajaran anak melalui “Soal Selidik Penglibatan Ibu Bapa
Dalam Pembelajaran Anak-Anak”
• Dapatan analisa soal selidik berupaya mengukur tahap
penglibatan IB dalam pembelajaran anak mereka
• Berdasarkan hasil dapatan soal selidik IB dapat meningkatkan
usaha mereka dalam mendidik dan membimbing anak
• Memberi panduan kepada ibu bapa berkaitan peranan mereka
dalam membantu pembelajaran anak
• Memberi beberapa contoh amalan terbaik berkaitan penglibatan
ibu bapa dalam pembelajaran anak

PENGLIBATAN IBU BAPA

• Penglibatan ibu bapa (IB) dalam pembelajaran
anak sangat penting
• Terbukti bahawa ibu bapa yang terlibat secara
aktif dalam pendidikan anak menghasilkan anak
yang berjaya dalam kehidupan mereka
• Ibu bapa perlu peka kepada 4 perkara berikut:
– Penyediaan suasana pembelajaran di rumah
– Interaksi sosial dengan anak
– Komunikasi dengan anak

– Sokongan terhadap kecemerlangan anak





PENYEDIAAN SUASANA PEMBELAJARAN MURID DI RUMAH

Sediakan satu tempat / ruang untuk anak belajar
Pastikan terdapat jadual waktu belajar / ulangkaji anak
Jauhkan gangguan yang akan mengurangkan tumpuan belajar anak
Pastikan anak mengemas dan membersihkan tempat belajar
Pastikan setiap anak fokus kepada pelajaran dalam tempoh waktu belajar
Sediakan bahan/buku rujukan untuk anak membuat penyelidikan bagi memahami sesuatu perkara
Temankan anak membuat ulang kaji kerana kehadiran ibu / bapa mengukuhkan perasaan dan      mengekalkan tumpuan anak terhadap pelajaran

INTERAKSI SOSIAL DENGAN ANAK

Bualkan tentang apa sahaja dengan anak
Galakkan anak bercakap dan beri tumpuan kepada apa yang ucapkan
Bercerita dengan anak-anak yang masih kecil tentang cerita bernilai positif
Makan bersama sambil berbual mesra
Beriadah bersama-sama anak-anak
Menerapkan kefahaman agama/moral, budi bahasa, ada resam serta seni dan budaya.
Kekalkan interaksi dengan anak sepanjang usia

KOMUNIKASI DENGAN ANAK

Berbincang dengan anak mengenai pelajaran
Mendengar anak bercerita tentang sekolah
Berhubung dengan pihak sekolah mengenai kemajuan anak


SOKONGAN TERHADAP KECEMERLANGAN ANAK

Ambil tahu perkara berkaitan pelajaran anak dan bantu anak mencapai cita-citanya
Bacakan buku kepada anak yang masih kecil bagi merangsang minat membaca anak
Baca buku bersama-sama anak sesuai dengan perubahan umur anak untuk menyemai kecintaan terhadap      buku dan ilmu
Beri bimbingan secara langsung atau tidak langsung kepada anak untuk menyiapkan kerja rumah

Peranan Ibu Bapa (IB)

1. Jurulatih – menyediakan peluang dan ruang belajar untuk anak belajar di sekolah dan rumah
• Tunjukkan minat terhadap pembelajaran anak, puji dan dorong
• Lakukannya setiap hari
• Galakkan anak meneroka, menemukan dan memikirkan
• Membaca bersama anak
• Bantu anak menemukan sains dan matematik di mana-mana

2. Mentor – menasihat, membinbing, mengajar, menyokong, menjaga, menggalakkan, menunjuk cara dan      lain-lain

3. Penyokong – menyokong, mempertahankan, meyakinkan anak
– Kejayaan anak bergantung kepada apa yang guru, ibu bapa dan sekolah buat.
– Persekitaran dan komuniti menjadi medan yang menguji sama ada anak anda akan terus berkembang maju atau sebaliknya.
– Untuk menyokong dan menjamin kejayaan anak:
• Bertemu guru anak-anak anda, kehadiran anda menyemarakkan semangat anak kerana dia tahu antara anda dan gurunya ada suatu “perkaitan”.
• Jika guru dan IB saling mengenali, wujud rasa hormat-menghormati akan
kepakaran masing-masing.
• Dengar dan beri tumpuan apabila anak merungut tentang guru di
sekolah, tetapi cuba selidiki dengan teliti tanpa membuat sebarang
kritikan terhadap guru. Cuba cari kebenaran tanpa menyebelahi manamana
pihak
• Guru juga adalah IB, jadi sekiranya anda boleh berbincang dengan cara baik dan sihat dengan guru, kesulitan yang anak anda hadapi boleh dirungkaikan.
• Sekiranya ingin menghadiri majlis atau mesyuarat PIBG, tanyalah anak anda sekiranya dia mempunyai soalan / cadangan.

4. Sentiasa bermaklumat – terkini dengan apa yang berlaku di sekolah
    Mengetahui apa yang berlaku di sekolah
    • Luangkan masa untuk mengetahui perkembangan di sekolah anak
    • Kerja kursus dan kerja rumah perlu dipantau

   Kekal berhubung
   • Bekalkan guru anak anda alamat, nombor telefon, nombor faksimili, emel dan sebagainya
   • Layari laman web sekolah
   • Bincang dengan IB lain berkaitan perkembangan pembelajaran anak

     Memeriksa kerja rumah dan peka terhadap kerja rumah anak anak

     Hubungi guru-guru anak anda melalui telefon, buku komunikasi atau secara bersemuka

    Cari/semak maklumat dari laman web sekolah / guru

    Gantung kalender perancangan untuk mengingatkan tentang tugasan tarikh akhir dan peristiwa sekolah

    Minta bantuan daripada keluarga lain (jika perlu)

    Sediakan bekas / folio untuk surat / nota dari sekolah

5. Menjadualkan kehidupan – mengaturkan kehidupan supaya aman dan tenteram, tenang dan bahagia    

    Murid yang teratur tiada stres

    Utamakan pendidikan setiap masa
    
   Keteraturan hidup membina sahsiah murid

• Terdapat 3 tindakan yang perlu IB lakukan:

 Soal selidik penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak
 Maklum balas kaji selidik ibu bapa dan borang penyertaan kumpulan perbincangan ibu bapa /penjaga (KSIB) – Borang A
 Bidang khidmat bantu kepada sekolah – Borang B

Tugasan Ibu Bapa (IB) dalam Sarana

TUJUAN
Soal selidik dan borang-borang yang diedarkan bertujuan untuk IB menganalisis sendiri penglibatan mereka dalam pembelajaran anakanak dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas keperluan-keperluan yang timbul

MATLAMAT
IB boleh menggunakan analisis kendiri bagi mendapatkan profil
keterlibatan dalam pembelajaran anak dan merancang program
peningkatan kendiri
• Sekolah dan PIBG boleh merancang program bagi meningkatkan
penglibatan IB dalam pembelajaran anak bagi menghasilkan suatu
persekitaran pembelajaraan yang berkesinambungan dari sekolah
ke rumah dan komuniti



No comments:

Post a Comment