PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK JELAWAT


Photo Cube Generator

PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT, 16370 BACHOK, KELANTAN DARUL NAIM

PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT, 16370 BACHOK, KELANTAN DARUL NAIM
ANAK NADI ASPIRASI KITA. PENDIDIKAN ANAK TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

SEJARAH PIBG SKJ


SEJARAH PENUBUHAN PIBG
-SK. JELAWAT  BACHOK KELANTAN-

PIBG Sekolah Kebangsaan Jelawat telah ditubuhkan pada tahun 1954 atas nama Persatuan Ibu Bapa dan Guru. PIBG didaftarkan semula pada 31 Mac 2005 selaras dengan surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2004.
                   Yang Dipertua PIBG pertama bagi sekolah ini ialah Tuan Haji Abdullah bin Hamzah. Beliau memegang jawatan YDP PIBG tersebut selama 8 tahun.Selepas beliau jawatan ini beralih arah kepada Tuan Haji Hassan bin Deraman. Tuan Haji Hassan bin Deraman merupakan YDP PIBG ke dua.
                   Pada pemilihan kali ke-3  Tuan Haji Ishak bin Salleh telah terpilih menjadi YDP PIBG ke-3. Beliau memegang jawatan YDP tersebut selama 6 tahun.
                   Pada mesyuarat Agong PIBG berikutnya, ahli –ahli PIBG SK Jelawat telah sebulat suara memilih Tuan Haji Nik Yusof bin Nik Mat sebagai YDP yang baru mengantikan Tuan Haji Ishak bin Salleh .
                   Bermula tahun 2005 sehinggalah tahun 2009, jawatan selaku YDP PIBG SK Jelawat telah disandang oleh Tuan Haji Dr. Azaki Bin Haji Ishak.

                   Pada mesyuarat Agong kali ke 35 (2010), jawatan YDP PIBG SK Jelawat sekali lagi beralih tangan . Kali ini ahli – ahli PIBG SK Jelawat telah sebulat suara memilih YB Dato’ Dr. Hj. Ilias bin Husain sebagai YDP PIBG SK Jelawat dan jawatan Naib YDP PIBG SK Jelawat telah disandang oleh seorang imam iaitu Tuan Haji Ibrahim Bin Mamat. Pada mesyuarat Agong PIBG kali ke 36 ( 2011 ) dan ke 37 ( 2012 ) , ahli-ahli PIBG SK Jelawat sekali lagi menaruh kepercayaan dan harapan kepada mereka berdua untuk terus mengekalkan jawatan yang disandang sehingga sekarang ( 2013 ). 

No comments:

Post a Comment